Saturday, September 10, 2011

Selepas kita mati, apa akan jadi pada akaun Facebook kita?

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada hamba Allah yang berkongsi email ini. Semasa tergerak hati utk fwd email ini, saya tak bermaksud apa2 kecuali kerana Allah. Jauh sekali untuk menuding jari kepada sesiapa.

Saya sayang kepada semua di sini yang bernama sahabat dan ini adalah sebahagian dari tanda sayang itu. Ingat-mengingati itulah sebaiknya.



MOGA SYAWAL INI MEMBAWA SINAR BARU DENGAN IZINNYA , INSYAALLAH.


"Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin".




Mari kita renung-renungkan bersama fikir-fikirkan bersama jika satu hari

nanti kita mati, akaun facebook ini hanya kita yang tahu password hanya
kita yang boleh access.. dan selepas kita mati.. apa yang jadi pada akaun fb
kita?

Mungkin ada yang akan ucapkan takziah mungkin ada yang selalu
menjenguk bagi mengubat rindu tetapi.. sedarkah kita gambar-gambar
kita..akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur? gambar-gambar yang
tidak ditutupi aurat dengan sempurna macam mana nanti?

Lelaki ajnabi terus-terusan tengok dalam masa yang sama, tiada siapa
yang boleh deletekan gambar kita.. walau sudah bertahun-tahun kita mati,
gambar itu terus ada.. saham dosa terus meningkat.. macam mana? pernah terfikir
tak? tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

Legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita? baju yang membalut aurat
itu, bagaimana? mungkin kini kita masih merasa tak sabar nak berkongsi
cerita dengan gambar-gambar yang cantik tempat-tempat yang kita dah
lawati di muka bumiNya tapi di akhirnya nanti.. semua itu tidak akan membawa
erti semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup di alam kubur,
semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita..

Cuba kita renung-renungkan, saham dosa yang terus meningkat walau
setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat. Tutupilah auratmu
sebelum auratmu ditutupkan. Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~
jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah. Mati itu pasti persiapkan diri
untuk mati itu perlu..

Moga Allah redha dengan perkongsian ini amin~ renung-renungkan dan
selamat beramal.

P/s: Sebar-sebarkan. Semoga Bermanfaat.

Sumber : layar minda

No comments:

Post a Comment