Saturday, September 10, 2011

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh
Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga
itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan
orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan
kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat
rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan
barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak
berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang
pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak
pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli
keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul
sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki.. Maka barangsiapa menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus
akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa
berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

No comments:

Post a Comment