Tuesday, April 5, 2011

Program Bersamamu: Wakil BXC ke Rumah Bekas Pekerja Kilang Diserang Radang Hati




asSalamualaikum semua…


Saya ada dok sembang dengan kawan2 kita.. dia kata hidup kita sekali saja,kita kena gunakan peluang yang ada… ada pulak mamat sebelah menyampuk.. salah tu bro! kita hidup ni dua kali.. sekali alam dunia,sekali lagi alam akhirat… mai pulak lagi sorang mamat… hangpa semua salah.. kita nih hidup 3X… sekali di dunia,kali kedua hidup di alam kubur dan terakhir itulah alam akhirat… tu dia.. hat mana satu betui… kawan kawan lah nilai sendiri… kat dunia kita kita kena ada bekal nak menghadapi alam2 yang lain tu.. salah satunya lah bersedekah! sampai ada satu ayat tu dia dah nak mati dah.. merayu balik kat tuhan pasai apa? Pasai nak sedekah saja..




Nafkahkanlah(dengan mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya,(kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya, “Wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal mautku ke suatumasa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi di kalangan orang yang salih”. (Surah Al-Munafiqun Ayat ke-10)












Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (yaitu) melepaskan budak dari perbudakan, (yaitu) melepaskan budak dari perbudakan, (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, atau orang miskin yang sangat fakir- (surah Al Balad ayat12-16)




Yalah kawan2 memang betui apa yang ayat ni kata.. kita nak kena kurang duit poket kita pulak pasai nak sedekah saja… kalau rm10 bawak p kedai boleh la jugak rokok sekotak. Nie sedekah x dapat apa2 pon… ada la dapat ucapan ‘terima kasih la nak oi’….. ish dok bawak keluaq duit penat2 dapat dua patah perkataan saja ‘terima kasih’. Tapi sebenarnya terima kasih tulah doa orang miskin kat kita semua yang dok bawak keluaq duit ni.. tapi bukan orang miskin saja yang doa kat kita. Tapi allah dah janji kita akan dapat ganjaran yang kita x terjangkau oleh akal kita nie..






Yah! Tanggal 3 april 2011 plexus dah buat satu projek ziarah ke rumah saudara Azizan kat kuala kedah. Alhamdulillah kita dapat sambutan yang bagi saya amat menggalakkan. Kita berterima kasih kepada wakil2 kita yang betui2 bagi commit 110%. Dan jugak terima kasih kepada semua yang membuat sumbangan dan ada pulak yang bagi zakat, support bahan2 asas, baju2,bahan2 persekelohan anak2 saudara Azizan.. Kita jugak berterima kasih kat team jabil,NGO warga kilang serta plexus seaside depa jugak ada support dari segi sumbangan dan dari segi info-info yang lain.



Berikut saya list kan jumlah sumbangan yang kita kumpulkan dan dah pon kita serahkan kepada saudara Azizan.


wang+zakat Rm 1901.00

1) Beras 105kg

2) Gula >15kg

3) Minyak masak >15kg

4) Maggie 1 kotak

5) Sardine 10 tin

6) Pampers >2 beg

7) Milo 5kg

8) Biskut 4 tin

9) Kicap 24 botol

10)Susu tin 12 tin

11)Sabun mandi 2 bundle ( 8 ketui)

12)Susu dugro 9 pek

13)Ubat gigi 1

14)Sabun basuh baju 10kg











Kami ada sembang2 ngan saudara Azizan mengikut laporan doktor radang yang beliau hadapi sudah menyerang hati beliau. Sudah lah sakit 3 orang dari anaknya pula menghidapi lelah,asma dan tonsil. Ish.. ishh.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul… anak2 pula.. mm… p sekolah x makan… harap makan RMT saja laa waktu pagi tu… Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih keluarga azizan dan saudara Nizam kashim kepada kita semua.. hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa kawan2 semua.. Kami unit amal plexus mengucapkan Terima kasih sajalah kepada semua yang terlibat samaada secara langsung atau secara x langsung. Semoga tuhan saja yang menerima amalan kawan2 semua.









Wassalam.


Thanks n rgds.

Admin Team

1 comment:

  1. smoga amalan kita diberkati dunia dan akhirat..!! Insyallah..

    ReplyDelete