Saturday, April 2, 2011

Laporan Family Day Ulu Paip


Assalam... Tanggal 20hb Feb 2011 telah terciptanya sejarah bg shift A apabila telah berjaya mengadakan Family Day buat julung kalinya...Event yg julung kali ini telah diadakan di Hutan Lipur Ulu Paip, Kulim dan seramai lebih kurang 25 keluarga serta 15 bujang telah mengambil bahagian dlm menjayanya event ini. Sebahagian drpd perbelanjaan event ini adalah sumbangan dr geng promotion shift A serta perseorangan dan selebihnya adalah drpd kutipan individu. Tepat jam 8.45pg lebih kurang 15 buah kereta mula bergerak dr Shell BKE secara konvoi diketuai oleh saudara Mat Ki(Grand Livina) dan Chot(Orange Lancer). Konvoi tiba di RV point kedua pada pukul 9.00 pg di petronas Sg Seluang dan konvoi disertai lg dgn 4 buah kereta. Tepat jam 9.30 pg konvoi tiba di Hutan Lipur Ulu Paip, Kulim. Suasana yg hening berserta dgn bunyi deruan air sungai serta di sulami bunyi cengkerit menyambut ketibaan kami. semua kenderaan telah disusun dgn rapat dan sopan. terima kasih diucapkan kepada min dan halus kerana telah berjaya mengawal keadaan trafic. Kesemua peserta mula menurunkan brg...ada sibuk dgn aktiviti masing2..ada yg memasang khemah...ada yg terus mandi...makan dn lain2 lg...event ini dimulakan dgn sarapan pg iaitu bihun goreng yg diorder dr saudara azli shift B. walaupn bihun ini terlupa digaulkan dgn bahan seperti bawang goreng, tauhu, daun sup dn cili ia tetap sedap dn telah ditambah 2 kali oleh Pak Su. Event ini dikejutkn dgn pengumuman yg dilaku oleh pak ku dan ella yg telah mengumumkn perkahwinan mereka pd bulan hadapan.semua keluarga telah dijemput untuk menghadiri perkahwinan di kedua-dua belah pihak. Dlm pd itu aktiviti BBQ telah dimulakn dgn satay(cepat abis apan sapu dlu)., ayam , siakap dan kerang. lebih kurang pukul 12 acara mkn dimulakan dgn lauk siakap menjadi pilihan utama. Aktiviti bebas drpd pukul 1 - 3.... mat ki, apan, own dan hz memulakan aktiviti 5S dgn menurunkan khemah dn mengutip sampah. 4ptg semua keluarga bergerak pulang ke destinasi masing2... Terima kasih diucapkan kepada semua yg telah menjayakan event Family Day ini dan saya berharap aktiviti seperti ini akan dpt diteruskn pd masa akan dtg. Dgn ini sy membubarkan AJK untuk event ini dan dapat lah kira nya kita melantik muka2 baru untuk event akan dtg. Akhir kata sy mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua serta geng promotion dan perseorangan yg memberi sumbangan untuk event ini. Sy mewakili AJK untuk event ini ingin memohon maaf andai kata selama event ini berlangsung ada berlaku kekurangan makanan dan juga keadaan yg tidak selesa kepada anda sekalian. Wassalam. Regards, Admin Team

6 comments: